Feb 15, 2012

#1 pulang

"Jauh lagi ke bang?" 

Soal Munirah tiba-tiba dengan suara perlahan sambil tangan kanan menggosok-gosok mata mencari kalau-kalau ada sebutir dua tahi mata yang melekat sewaktu dia tertidur tadi. Dikenyeh-kenyehnya berulang kali. Ternyata ada sedikit tahi mata yang masih berlendir terenap di celah matanya. Masih belum keras. Menandakan tidur Munirah tidak la selama mana. Tak tahu nak diperlakukan apa dengan tahi mata di jarinya, Munirah mengentel-gentel tahi mata itu bulat-bulat dan menjentiknya ke luar tingkap kereta. 

"Hmmm.. tak jauh dah rasanya."

Rasyid menoleh sekilas lalu ke isterinya yang baru terjaga. Kedua-dua belah tangannya masih tersemat erat di stereng. Pemanduannya diteruskan dengan kelajuan biasa-biasa saja. Jalan berlopak-lopak. Nak dibawa laju, takut kaki kereta tersadung pula. Tayar spare dalam bonet belakang sudah la tak ber pam. Itu la kali pertama dan terakhir Rasyid hantar keretanya servis di bengkel Hamid di kawasan perumahannya. Kerja orang melayu memang macam tu. Buat nama dapat je! Benda kecik macam pam kan tayar spare pun tak boleh nak provide. Bentak Rasyid dalam hati.

"Lama ke saya tidur tadi bang"

Munirah menduga Rasyid sambil matanya tak lepas-lepas menoleh ke belakang memerhatikan tahi mata yang terlekat di cermin tingkap belakang...

*****

43 comments:

  1. cite pasal tahi mate ke ape ni..haha

    ReplyDelete
  2. taik mata punya jenis pun bole tau eak? hahahahha

    ReplyDelete
  3. tk sbar tggu novel ;)

    ReplyDelete
  4. tah pape ko ni zack..taik mata jd isu ;p

    ReplyDelete
  5. "Nak dibawa laju, takut kaki kereta tersadung pula..."

    kaki ke tayar zack? huhu

    ReplyDelete
  6. ada kesilapan ejaaan kat situ... #eh :p

    dikenyeh-kenyeh --> ditenyeh-tenyeh
    mengentel-gentel --> menggentel-gentel

    ReplyDelete
  7. bukan silap tu.. bahse novel zack. haha

    ReplyDelete
  8. geli haku tahik mata berlendir..walhal tak sebusuk tahik org pon mata berak..tetap geli weh

    ReplyDelete
  9. bodoh gile!! penat aku gelak tahu tak?!! demm, sile karang lagi~ zaman jepon dulu dah ade facebook eh?

    ReplyDelete
  10. nice job bro. punye detail nak describe taik mate tu. salute! :P

    ReplyDelete
  11. walaupon xde peluang utk dterime oleh Alaf 21, tp ayat2 mu ttp mjd pojaan hatiku

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. ngekk r lu zack...hahaaangiinnn aku...hahaha terbaikk!!

    ReplyDelete
  14. punya real cter pasal tahik mata tu...kuikui

    ReplyDelete
  15. teruja tengok nama den munirah...tp cite sal taik mata...hehehe

    ReplyDelete
  16. haha.. bole plak ade perkataan 'provide' dgn 'spare' kat situ. leh nanges cekgu bm zack kalu dia bace nih! (tp saya suke~)

    ReplyDelete
  17. Dasyatlah en zack.. baru 1 post dah beratus owang follow hehehhe
    (^-^) anyway u mmg best =D

    ReplyDelete
  18. HAHAHA. aih, awak sikit sangat ni? hehe, cepat2 sambung.

    ReplyDelete
  19. apa ke banyak bonar citer pasal tahi mata tu.hahaha.anyway ni nak buat cerpen ke pe?

    ReplyDelete
  20. hahaha! novel yg lawak santai lor.
    tak sabar nak bace next episod!
    :D

    ReplyDelete
  21. tahi mata pon tahi mata la.. asalkan best.. aku sokong ang dari blakang zack.. pape pon ang dulu.. sbb aku kat blakang..haha

    *lepas ni knpem producer filem nk amek novel ni adaptasi ke filem, mcm novel ombak2 yg wt ramai nanges tu... tp ang punya mesti nanges pasal trlampau klakar..hehe ^_^V

    ReplyDelete
  22. Persoalannya siapakah harus dipersalahkan? Taik Mata atau si Munirah? Jawab..jawab..hahahaha..

    ReplyDelete
  23. TAHI MATA PUN DIJADIKAN CERITA...LAWAK LAA..SAKIT PERUT GELAK...:)

    ReplyDelete
  24. hampeh~ aku terpinga2.. cm si0t je hahaha

    ReplyDelete
  25. Asyik tahik mata je. cepat sambung bro. hik3.

    ReplyDelete
  26. wah!! xsabar2 nak tggu smbungan.. walaupn isu taik mata jadi isu ;)

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. inche zack,,,sila update lagi!

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Wowww..bestnyerrr citer ni. Saya suka..saya suka...

    ReplyDelete
  31. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

    ReplyDelete
  32. Hookers Kiev The thrown enemy can still recover, reconciled completely defeated.
    The science of man is the science of the sages.
    #HookersOfKiev

    ReplyDelete